Responsive image

Menurut kajian, ramai dalam kalangan pelajar universiti yang bergelut dengan masalah kewangan ketika mereka sedang menuntut di peringkat yang lebih tinggi. Antara faktor yang dikenal pasti adalah kerana tiadanya simpanan wang yang disediakan oleh ibu bapa mereka bagi menampung pendidikan mereka di universiti atau kolej.

Dalam membendung masalah ini daripada menjadi satu kitaran yang tidak sihat untuk anak-anak kita di masa depan, adalah penting untuk kita untuk membuat persiapan secukupnya untuk menjamin kestabilan kewangan anak-anak di masa depan.

Salah satu cara yang disarankan adalah untuk membuka akaun simpanan SSPN. Tahukah anda terdapat pelbagai manfaat daripada simpanan akaun SSPN untuk anak anda? Antaranya adalah:

  1. Pelepasan cukai sehingga RM 8,000 setahun

    Bagi individu yang membuat caruman SSPN, mereka layak untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM 8,000.00 setahun! Berita baik bagi pembayar cukai! Dapat tolak cukai serta dapat membuat simpanan untuk anak-anak tersayang.
  2. Layak memohon pinjaman PTPTN

    Tahukah anda, kalau anak anda kelak mahu membuat pinjaman PTPTN mereka perlu membukan akaun SSPN terlebih dahulu? Jadi kalau kita dah buka awal-awal untuk anak-anak kita tak perlu la risau lagi. Urusan permohonan pinjaman lebih mudah.
  3. Dividen yang kompetitif

    Selain daripada simpanan tetap, wang yang dimasukkan ke dalam tabung SSPN akan dilaburkan untuk anda dan akan memberi pulangan dividen yang kompetitf! Selain daripada wang simpanan anda, anda juga berpeluang untuk mendapat tambahan dividen setiap tahun!
Gambar dari lovesspn.ptptn.gov

Jadi wahai ibu bapa, tunggu apa lagi! Buka akaun SSPN untuk anak-anak anda hari ini. Untuk simpanan bulanan, mudah je! Layari www.mypay.com.my untuk deposit setiap bulan! Dapat semak baki jugak tau. Selamat menabung!