3 perkara anda perlu tahu mengenai pembayaran balik pinjaman PTPTN
- PTPTN dan CCRIS : Pinjaman PTPTN disenaraikan dalam skor kredit anda
Gambar dari loanmoneymalaysia.com
Ini antara maklumat yang ramai peminjam terlepas pandang. CCRIS atau Central Credit Reference Information System adalah satu Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit yang ditadbir oleh Bank Negara. Sistem bank-bank individu biasanya sudah bersepadu dengan sistem CCRIS dan secara automatik mengeluarkan laporan kredit / entiti individu semasa proses kelulusan kredit / pinjaman. Jadi, sekiranya anda mahu membuat sebarang pinjaman daripada Bank, laporan CCRIS anda akan dijadikan rujukan oleh pegawai bank untuk menilai skor kredit anda (adakah anda seorang peminjam yang baik atau tidak). Pinjaman PTPTN juga akan disenaraikan dalam laporan CCRIS anda, jadi sekiranya pembayaran anda tidak cantik bagi pinjaman PTPTN anda, skor kredit anda akan menjadi rendah dan lebih sukar untuk mendapatkan pinjaman!
- Penangguhan Pembayaran PTPTN : Boleh atau tidak?
Secara ringkasnya, anda boleh memohon untuk penangguhan pembayaran PTPTN anda sekiranya anda mempunyai masalah tertentu. Walaubagaimanapun demikian, untuk membuat penangguhan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak PTPTN.
Namun, PTPTN memberi kelayakan penangguhan kepada empat golongan sahaja iaitu:
- Mereka yang tamat pengajian, kemudian sambung belajar lagi sepenuh masa. Tempoh penangguhan ialah sehingga pengajian terkini tamat.
- Mereka yang mengikuti kursus berkembar dengan institusi luar negara (2+1 atau 2+2). Seperti yang diketahui, mereka ini mendapat pinjaman PTPTN untuk tempoh di dalam negara sahaja, tetapi tidak di luar negara. Jadi sepanjang tempoh belajar di luar negara, mereka diberi tangguh.
- Mereka yang terpaksa ‘extend’ atau mengambil semester tambahan/lanjutan. Tempoh penangguhan hanya mengikut semester yang diizinkan oleh universiti masing-masing.
- Tidak bekerja. Tempoh penangguhan boleh dimohon setiap 6 bulan, selama 24 bulan keseluruhan. Jadi peminjam tidak boleh leka dan berasa selesa tetapi tetap perlu berusaha mencari pekerjaan dan membayar pinjaman
Selain 4 kategori ini, PTPTN tidak akan memberi kelonggaran untuk peminjam untuk menangguhkan pembayaran pinjaman mereka!
- Saluran pembayaran balik
Gambar dari siakapkeli.my
- Pembayaran di kaunter
Peminjam boleh walk in ke mana-mana kaunter PTPTN di seluruh negara untuk membuat pembayaran. Ini melibatkan kos masa dan logistik (kos minyak, tol dan parking) untuk membuat pembayaran.
- Potongan gaji (direct debit)
Peminjam perlu membuat permohonan secara online untuk kaedah ini melalui Jabatan Akauntan Negara (JANM) sekiranya peminjam bekerja sebagai kakitangan Kerajaan atau permohonan dengan majikan untuk anda yang bekerja di sektor swasta
- Pembayaran secara online
Layari mypay.com.my untuk membuat pembayaran secara online. Anda dapat melihat baki pinjaman semasa akaun PTPTN anda, tarikh akhir pembayaran dan tarikh tamat tempoh pembayaran PTPTN anda. Semuanya dapat dilakukan di hujung jari!