Responsive image

TERKINI DI MYPAY

Pembiayaan Peribadi : e-permohonan dengan Bank Islam

“Kewangan peribadi” merujuk kepada bagaimana anda menguruskan wang anda dan merancang kegunaannya untuk masa depan anda. Secara tidak sedar, kita telah pun menjalani pelaburan seumur hidup untuk diri sendiri dan keluarga - rumah atau harta, kereta, pendidikan, riadah, kecemasan dan persaraan. Sememangnya, perkara ini tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan keperluan yang penting untuk kelangsungan hidup.

Kini, kita dapat menyaksikan peningkatan dalam pelbagai pilihan platform dalam talian untuk perkhidmatan bank sedia ada untuk menggalakkan pembayaran tanpa sentuhan. Kepelbagaian platform ini sememangnya satu langkah bijak dan fleksibel dari pihak bank bagi memudahkan pengguna masa kini. Selaras dengan konsep normal baharu, MyPay dan Bank Islam telah bekerjasama untuk memperkenalkan e-permohonan bagi pembiayaan peribadi. Anda tidak perlu lagi untuk mengisi borang dan beratur di bank untuk menghantar permohonan. Melalui MyPay, anda hanya klik pada ikon Pembiayaan Peribadi Bank Islam dan permohonan boleh dilakukan menerusi telefon pintar anda.

Permohonan melalui MyPay adalah mudah. Anda hanya perlu mengikuti setiap arahan di setiap bahagian dan kemudian klik “Hantar”. Pegawai Bank Islam akan menghubungi anda dalam masa 3 hari waktu bekerja.

Ingat! Setiap keputusan dan aktiviti kewangan anda semestinya mempunyai kesan ke atas aliran kewangan anda. Beberapa tips kami sediakan untuk anda :

  • Ambil sedikit masa untuk merancang perbelanjaan harian supaya anda boleh merancang dan menguruskan gaya hidup anda.
  • Selain rancangan masa hadapan, anda boleh mula mengasingkan wang anda untuk matlamat simpanan yang anda tetapkan. Ini termasuk dengan persaraan, aktiviti masa lapang dan kecemasan.