Responsive image

Bila bercakap mengenai hutang, hampir setiap daripada kita pernah berhutang kan? Tak kira lah hutang perumahan, kenderaan, peribadi atau pelajaran, kita pasti perlu menghadapi situasi “berhutang” dalam kehidupan kita. Buat hutang memang senang, hanya perlu isi borang dan tunggu keputusan daripada pihak bank atau institusi yang memberi pinjaman kepada kita.

Antara isu yang hangat diperkatakan netizen adalah Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN. Anda ada pinjaman PTPTN tak? Jika ya, anda adalah salah seorang daripada 3.14 juta peminjam PTPTN di negara ini! Wah ramai kan peminjam PTPTN?

Dilema pastinya mula tiba tatkala anda menamatkan pelajaran apabila hutang yang dipinjam itu perlu dibayar dan dilangsaikan semula selepas memperoleh pekerjaan. Antara syarat yang dikenakan oleh PTPTN adalah peminjam perlu membuat bayaran bermula setahun selepas graduasi. Selain daripada itu, terdapatnya tangga bayaran mengikut gaji yang diterima oleh peminjam bagi melunaskan pinjaman PTPTN tanpa membebankan peminjam.

Hutang adalah satu tanggungjawab untuk dilunaskan.Walaupun dikhabarkan dengan berita pemansuhan hutang PTPTN, hutang tetap hutang. Wang yang dipinjam harus dikembalikan. Sebolehnya kita mencuba sedaya upaya untuk membayar balik pinjaman yang dibuat untuk kegunaan anak-anak kita di masa depan. Ingat, bayaran anda hari ini menjamin dana pendidikan untuk anak-anak anda pada masa akan datang!

Layari www.mypay.com.my/ptptn untuk membuat bayaran PTPTN anda sekarang!