Responsive image

Kami faham kenapa orang selalu stres bila bincang soal bayar balik pinjaman PTPTN, tetapi setiap masalah tentu ada jalan penyelesaiannya, betul tak? Sebelum itu, apa kata anda layari www.mypay.com dan daftar diri anda dengan mengisi maklumat yang diperlukan. Kenapa anda perlu bayar balik pinjaman PTPTN anda melalui MyPay?

1. Jimat kos transport

Sekarang, anda tidak lagi perlu fikir nak bayar duit minyak, tol atau masalah parking untuk ke cawangan PTPTN. Kini, anda hanya perlu layari www.mypay.com.my dan bayar balik pinjaman PTPTN anda dengan mudah dan pantas!

Gambar dari flaticon.com

2. Bayar balik pinjaman PTPTN pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada

Anda boleh melayari akaun PTPTN anda melalui MyPay pada bila bila masa menerusi telefon pintar anda. Senang kan? Anda boleh bayar mengikut kesenangan masa anda di mana jua anda berada.

3. Terima peringatan bulanan menerusi emel

Sistem emel peringatan bulanan akan dihantar kepada anda secara percuma. Tiada lagi masalah “terbabas” dalam membuat pembayaran balik pinjaman anda setiap bulan!

Gambar dari pixabay.com

4. Dapatkan akses mudah kepada nombor akaun PTPTN anda

Lupa nombor akaun PTPTN anda? Jangan risau, dengan adanya MyPay anda masih lagi boleh membuat pembayaran bulanan anda. Anda hanya perlu tekan beberapa butang di dalam MyPay dan bayar. Mudah kan?

5. Maklumat akaun PTPTN anda kini di hujung jari

Dengan MyPay, anda akan memperolehi akses kepada segala maklumat tentang akaun PTPTN anda. Anda tidak perlu lagi pening kepala untuk mencari maklumat anda.

Senang kan? Jangan lupa layari www.mypay.com.my sebelum anda membuat semakan dan bayaran PTPTN anda!