Bila orang sebut je pasal pinjaman PTPTN, mesti ramai yang mula stres. Jom kita bercerita tentang kenapa orang selalu rasa stres apabila fikir tentang PTPTN dan macam mana untuk kita menandatangani masalah tersebut.
Sebenarnya bila kita fikirkan balik, memang banyak wang yang perlu dikeluarkan kalau nak pergi ke mana-mana pun. Contohnya kena fikir bab duit minyak, tol dan parking. Ada ke cara untuk kurangkan kos-kos tersebut apabila kita ke cawangan PTPTN untuk membuat pembayaran?
Masa itu emas. Jadual harian kita sudah tentu sangat sibuk dengan perkara harian yang kita perlu lakukan dan untuk mencari masa membuat pembayaran di cawangan PTPTN boleh menimbulkan kerugian masa. Tambahan pula jika cawangan PTPTN tersebut jauh dari peminjam. Bagaimana kita boleh tangani masalah “tidak cukup masa” ini?
Sebagai seorang manusia, tentulah banyak benda yang bermain di dalam fikiran kita setiap hari. Dengan urusan harian, kerja dan macam-macam lagi. Alangkah senangnya jika ada orang yang senantiasa mengingatkan kita tentang pembayaran PTPTN bulanan.
Tidak semua orang mempunyai otak dan minda yang boleh menghafal kesemua nombor akaun yang dia perolehi, betul tak? Terutamanya apabila kita hanya perlu nombor akaun tersebut bulanan dan bukan secara harian. Tapi kalau ada yang hafal semua memang power betul la! Macam mana kita nak peroleh atau pastikan kita sentiasa ada akses penuh kepada nombor akaun PTPTN kita?
Mesti kita semua ingin tahu berapa banyak jumlah bayaran yang telah kita bayar dan berapa jumlah tunggakan pinjaman PTPTN yang kita ada, betul tak? Memang tidak dinafikan bahawa ramai yang membuat bayaran tanpa menyemak jumlah tunggakan yang mereka ada. Jadi, bagaimana cara untuk kita semak jumlah tunggakan dan juga jenis akaun yang kita ada?
Artikel ini disediakan oleh Najwa Rosman, MyPay ( www.mypay.com.my )