Terma dan Syarat

  1. TENTANG TERMA DAN SYARAT INI
    1. Terma Ini dikemaskinikan sehingga ● ● 2018. Pada bila-bila masa, kami boleh meminda Terma Ini atau membuat apa-apa perubahan terhadap App dan Tapak Web termasuklah dalam penampilan dan fungsi. Contohnya, kandungan dan fungsi mungkin ditambah, dibuang, digantung, dilumpuhkan atau ditamatkan dan yuran mungkin dikenakan, diketepikan atau dibatalkan.
    2. Apabila anda menggunakan App atau Tapak Web, anda telah bersetuju dengan pengumpulan, penyimpanan, pengendalian dan penzahiran data peribadi anda menurut Terma Ini dan dan bersetuju untuk diikat oleh Terma Ini selagi anda masih mempunyai akaun dalam App atau Tapak Web atau masih menggunakan App atau Tapak Web. Anda dinasihati supaya membaca Terma Ini dengan teliti sebelum menggunakan App atau Tapak Web.
    3. Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai keupayaan di sisi undang-undang (termasuklah mencapai umur layak di sisi undang-undang Malaysia) dan izin untuk menggunakan App atau Tapak Web dan untuk diikat oleh Terma Ini. Jika anda tidak mempunyai keupayaan atau izin tersebut atau anda tidak bersetuju dengan Terma Ini: (i) anda tidak patut menggunakan App dan Tapak Web; dan (ii) jika anda meneruskan penggunaan App dan Tapak Web, anda berbuat demikian dengan mengakui bahawa anda telah menafikan segala hak anda terhadap kami dan telah memberi kami lepas tanggungan / tanggung rugi bawah perenggan 11(c).
    4. Kami berharap anda berpuas hati dengan App dan Tapak Web. Kami mengalu-alukan pandangan anda untuk memperbaik App dan Tapak Web. Anda bolehlah berhubung dengan kami melalui e-mel [email protected] atau alamat surat-menyurat Unit-unit 548 dan 550, Blok A, Kelana Centre Point, No. 3, Jalan SS7/19, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
    5. We hope you enjoy using the App and Website and find them useful. We want to hear your suggestions to improve the App and Website. You may email your feedback to us at [email protected] or write to us at our principal business address stated above.

  2. PINDAAN DAN PERUBAHAN
    1. Terma Ini dikemaskinikan sehingga ● ● 2018. Pada bila-bila masa, kami boleh meminda Terma Ini atau membuat apa-apa perubahan terhadap App dan Tapak Web termasuklah dalam penampilan dan fungsi. Contohnya, kandungan dan fungsi mungkin ditambah, dibuang, digantung, dilumpuhkan atau ditamatkan dan yuran mungkin dikenakan, diketepikan atau dibatalkan.
    2. Apabila anda menggunakan App atau Tapak Web selepas pindaan atau perubahan tersebut, anda telah bersetuju dengan pindaan atau perubahan tersebut dan bersetuju untuk diikat secara undang-undang oleh versi Terma Ini seperti yang dipinda dan mengesahkan bahawa anda mempunyai keupayaan di sisi undang-undang dan izin untuk menggunakan App atau Tapak Web dan untuk diikat oleh versi Terma Ini seperti yang dipinda.
    3. Versi terbaru Terma Ini dipaparkan di Tapak Web. Kami tidak diwajibkan untuk memaklumkan pada anda secara peribadi tentang pindaan dan perubahan yang dinyatakan dalam perenggan 2 ini. Walau bagaimanapun, kami akan memberi anda peluang untuk berhenti menggunakan apa-apa fungsi percuma dalam App atau Tapak Web sebelum yuran dikenakan atas fungsi itu. Kami tidak bertanggung jawab atas sebarang kerugian yang mungkin anda alami akibat pindaan atau perubahan tersebut.

  3. PENDAFTARAN AKAUN
    1. Anda perlu mendaftarkan akaun dan memberikan maklumat yang dikehendaki untuk menggunakan App dan untuk mencapai atau menggunakan kandungan dan fungsi tertentu Tapak Web. Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai hak undang-undang untuk memberi kami maklumat tersebut tanpa sekatan atau sebarang kewajipan atas kami untuk membuat bayaran. Anda juga mengesahkan bahawa semua maklumat yang anda beri kepada kami adalah benar, tepat, terkini dan lengkap. Sila pastikan maklumat itu (termasuk maklumat perhubungan) sentiasa dikemas kini agar kami dapat berhubung dengan anda dan App dan Tapak Web dapat berfungsi dengan sepatutnya.
    2. Anda memberi kami kuasa untuk menentusahkan maklumat yang telah anda berikan, termasuklah membuat siasatan bersama pihak berkuasa yang berkenaan, organisasi lain atau sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, usaha kami untuk menentusahkan maklumat tersebut tidaklah mengurangkan tanggung jawab anda untuk memberi maklumat yang benar, tepat, terkini dan lengkap.
    3. Sila rahsiakan maklumat akaun anda (termasuk maklumat log masuk, kata laluan dan soalan keselamatan untuk set semula kata laluan). Kami tidak bertanggung jawab atas sebarang kerugian (termasuk kerugian yang disebabkan pencerobohan akaun anda) oleh sebab kegagalan anda untuk berbuat demikian. Kami juga tidak bertanggung jawab terhadap pihak ketiga yang menggunakan akaun anda. Anda bertanggung jawab sepenuhnya atas segala aktiviti dalam atau melalui akaun anda

  4. KOMEN, ULASAN DAN KANDUNGAN LAIN
    1. App dan Tapak Web mungkin membolehkan anda membuat komen, ulasan atau kandungan lain. Anda sedia maklum bahawa kandungan tersebut terbuka kepada tatapan umum dan capaian awam (sama ada melalui reka bentuk App atau Tapak Web, sebagai tangkapan skrin di platform media yang lain, atau apa-apa cara lain) dan bersetuju untuk bertanggung jawab sepenuhnya atas segala akibat daripada pembuatan dan penyiaran kandungan tersebut. Semua kandungan yang anda simpan atau buat dalam App dan Tapak Web merupakan tanggung jawab anda sepenuhnya. Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai hak undang-undang untuk menyimpan, membuat dan menyiarkan kandungan tersebut.
    2. Kami berhak mengawal selia atau menyunting sebarang kandungan dalam App dan Tapak Web termasuk menapisnya, memangkasnya, memendekkannya, memadamkannya atau melambatkan penyiarannya. Apabila kami membenarkan penyiaran kandungan anda dengan suntingan atau perubahan lain, kami akan memastikan bahawa terdapat suatu makluman dalam kandungan itu bahawa suntingan telah dibuat. Walau bagaimanapun, kami tidak diwajibkan untuk menyemak, mengawal selia atau menyunting kandungan yang dibuat oleh sesiapa pun dalam App dan Tapak Web. Kami tidak memberikan sebarang pendendorsan atau jaminan terhadap kandungan tersebut.

  5. SARANAN DAN LARANGAN
    1. Anda hendaklah menggunakan App dan Tapak Web menurut cara dan tujuan yang sah di sisi undang-undang mengikut tujuan App dan Tapak Web seperti yang telah kami maklumkan secara rasmi. Anda bertanggung jawab sepenuhnya untuk mematuhi semua undang-undang yang mengikat diri anda berkenaan penggunaan App dan Tapak Web.
    2. Berinteraksilah secara mesra dan berhemah. Berhati-hatilah apabila berkongsi maklumat untuk tatapan umum dan berwaspadalah tentang kemungkinan maklumat itu disalahgunakan oleh orang lain untuk tujuan jahat yang membahayakan diri anda. Apabila berkongsi kandungan orang lain, berilah atribusi sebetulnya pada sumber asal kandungan itu, dan pastikan bahawa anda mempunyai izin untuk berkongsi sedemikian. Semaklah semua maklumat yang anda isikan sebelum mengirimnya kepada kami. Laporkan kepada kami sebarang pepijat, glic atau tingah laku yang tidak boleh diterima yang anda hadapi dalam penggunaan App dan Tapak Web.
    3. Pamerkan sikap ramah dan saling menghormati sewaktu berinteraksi dengan orang ramai. Berwaspadalah ketika menyebarkan maklumat kerana ia boleh disalah guna.
    4. Beri kredit kepada sumber kandungan yang dikeluarkan semula dan pastikan anda memperoleh kebenaran sebelum mengeluarkannya. Semak terlebih dahulu semua maklumat yang telah dimasukkan sebelum menekan butang hantar. Laporkan kepada kami sebarang gangguan atau permasalahan yang dihadapi.
    5. Dalam penggunaan App dan Tapak Web, anda hendaklah tidak:
      • membongkar kod sumber atau mengubah atur cara komputer, seni bina perisian, antara muka pengguna, reka bentuk, kandungan atau fungsi App dan Tapak Web.
      • mencetak rompak atau mengedarkan apa-apa bahagian daripada App dan Tapak Web tanpa izin bertulis terdahulu daripada kami.
      • mencapai apa-apa bahagian App dan Tapak Web selain daripada melalui antara muka pengguna yang kami sediakan.
      • mengirim atau memaut pada sebarang perisian hasad atau tapak web berbahaya; menggodam; mengespam; atau mengelabu (phishing).
      • merayu undi untuk sebarang tujuan atau berkempen untuk tujuan politik mahupun untuk sumbangan dana awam.
      • menjalankan aktiviti perdagangan termasuk pengambilan pekerja, pengiklanan, promosi produk atau penjualan langsung, kecuali aktiviti perdagangan yang telah kami izinkan terdahulu.
      • membuat petisyen, kaji selidik atau rayuan kebajikan.
      • membuat tuduhan, atau memburuk-burukkan, sesuatu kerajaan, organisasi atau sesiapa sahaja.
      • menzahirkan hal peribadi atau data peribadi orang lain tanpa izinnya.
      • membuat kandungan yang berunsur, atau yang mendorong pada, tingkah laku kasar, tidak senonoh, kebencian, perkauman atau yang tidak selari dengan nilai-nilai murni masyarakat lazim di Malaysia.
      • membuat kandungan (termasuk cap dagang atau kandungan bawah perlindungan hak cipta atau hak harta intelektual yang lain) yang menyalahi hak harta intelektual orang lain.
      • menyebarkan khabar yang didakwa sebagai berita benar sedangkan anda tiada sebab munasabah untuk meyakini kebenarannya, atau membuat apa-apa kandungan untuk tujuan menipu.
      • menyamar sebagai orang lain.
      • mengganggu, mengancam, membuli atau menggunakan kata-kata kesat atau menghasut orang lain untuk bertindak demikian.
      • menggunakan App atau Tapak Web untuk terlibat dalam gejala rasuah.
      • menghasut orang lain untuk melanggar undang-undang.
      • mengganggu penggunaan App dan Tapak Web oleh orang lain.
    6. Pada bila-bila masa, kami berhak menggantung atau memadamkan akaun anda atau menyekat capaian anda pada akaun itu dan App dan kandungan serta fungsi akaun dan App itu. Kami berhak berbuat demikian jika anda telah melanggar Terma Ini, jika kami percaya bahawa undang-undang menghendaki kami untuk berbuat demikian atau atas apa-apa alasan mengikut budi bicara kami. Kami tidak diwajibkan untuk memaklumkan pada anda tentang penggantungan atau pemadaman itu atau memberi anda apa-apa alasan untuk tindakan kami atau membayar apa-apa ganti rugi kepada anda akibat penggantungan atau pemadaman itu. Kami juga tidak diwajibkan untuk membolehkan anda mendapatkan semula sebarang data yang disimpan dalam pelayan kami, kecuali seperti yang disebut dalam perenggan 6(f). Walau bagaimanapun, mengikut budi bicara kami, kami boleh memulangkan yuran lebihan (jika ada). Kami tidak bertanggung jawab atas sebarang kerugian yang mungkin anda alami akibat panggantungan atau pemadaman itu.